Miskin

MISKIN. Apa yang langsung terlintas di fikiran korang ? Mesti fikir pasal duit duit duit ? Betul tak ? Kenapa ? Tak betul ?

Okay . Jom kita mulakan . MISKIN . Tak bermakna ianya semata mata berkaitan dengan duit, harta benda, wang ringgit . Tapi kebanyakannya orang fikir macam tu .

hmmmmmmmmmm...





Pernah tak diantara kamu yang mengambil berat tentang keadaan jiwa, amalan, iman, akhlak korang ? Kadang kadang manusia terlalu memikirkan duniawi , sampai lupa semua perkara diatas yg aku sebut tadi berada dalam keadaan MISKIN. Jiwa miskin, amalan miskin, akhlak miskin, iman pun miskin ! Aku sedar walaupun aku sendiri yang taip entry ni , tak bermakna jiwa, amalan, iman aku kaya raya . Aku pun masih cuba nak perbaiki diri aku.

Sama sama lah kita perbaiki diri kita biar "DALAMAN " kita KAYA. Tak semestinya kaya luaran bermaksud engkau akan bahagia selama lamanya. Jangan sesekali menyesal dengan keadaan hidup kita. Jangan sesekali kau merungut atau cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Cari jalan kebahagiaan sendiri. salah satunya 'KAYAKAN' dalaman diri kita. Tak bahagia seseorang itu jika jiwa, amalan, akhlak iman dalam keadaan MISKIN. Mungkin bahagia. Tapi sementara. Cari kebahagiaan bukan di dunia saja. Cari bahagia dunia akhirat. Mungkin kat dunia hidup kita susah. Tapi kalau kita KAYA dengan semua benda yg aku cakap tadi . INSYAALLAH akhirat kita juga bahagia.

p/s; Entry ini juga untuk peringatan diri sendiri. Sekian :)

4 comments:

  1. iman senantiasa dalam fasa naik turun. kita bukan malaikat, bukan syaitan. kita manusia. sentiasa ada masa untuk berubah dan merubah. tp, jangan tunggu. takut terlambat. thanks cumy, post something yang hebat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome Azroie , i'Allah sama sama lah kita perbaiki diri kita :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Cumi, betul tuuu :) Good reminder thankyou hihi

    ReplyDelete